Friday, January 11, 2013

dan AIR itulah sebenarnya kehidupan


Hairan, bila dada rasa terhimpit membayangkan pahit yang mungkin mengalir dari antara dua itu.
Dari kewangian imankah terhasilnya ia?
Dari kebesaran cintakah timbulnya kata?
Apa yang dicari? Ke mana mahu berlari?
Seruan menyusun tentera? atau mungkin sekadar muzika yang mengisi udara?

Lihatlah, rasalah, minumlah air itu, untuk menghilangkan dahaga, untuk meneruskan nyawa..

Aku mengajak kamu, ya kamu yang nilainya tinggi di sisiku!
Lihatlah, rasalah, minumlah air itu!
Kerana dunia ini tenat, dan kita ini bergesa
Masa tidak akan menunggu kita!
Yang durjana akan memperdaya,
Jika tidak mengumpul dosa,
Biarlah tidak menyubur pahala.
Maka terduduk masihkah memilih piala
untuk menyuap air ke dalam rongga?
Tidak yang itu kerana lain coraknya,
mesti yang ini kerana coraknya rasanya pertama?

Bumi ini luas, tidak terlangkah ke merata,
Di sini mungkin pantun, gurindam, di sana mungkin seloka!
Menghargai indahnya corak, lakaran pelbagai dari gambar yang sama,
selagi tidak pincang, merujuk kambing, melukis sawa,
kerana masing-masing juga jiwa, harta dan raga, semua untuk redhaNya,
Sehingga Raja memilih si pembuat piala pilihannya,
sehingga Tuan meninggikan mana satu yang dicinta
waktu bila kita hanya melakar corak yang sama, terang dan nyata bawah pimpinannya,
sehingga itu kita mencuba, taat dan amanah,
sepanjang itu dan kemudiannya, kita tidak alpa, kita tidak leka,
menyediakan jawapan ketika Dia bertanya,
"Sudah minum airkah dia? untuk menghilangkan dahaga dan meneruskan nyawa?
Apa alasanmu wahai si fulan? Kerana tersasar gaduhkan piala?"

No comments:

Post a Comment