Monday, October 8, 2012

Tangisan hati kaca



Kebelakangan ini, aku selalu merasakan hati ini terlalu lembut, mata ini terlalu mudah menitiskan air mata, dada ini terlalu mudah merasa sesak.
Ada saja yang membuat aku tersentuh.
Tersilap membuat pilihan untuk menentukan lebih baik adik-adik yang mahu dibawa berjalan dipisah dua dahulu atau tidak, lebik baik dibawa makan di kedai pizza atau Kulinaria, lalu memisah dua dan makan di kedai pizza membuatkan kelewatan dalam pergerakan dan nampaknya merumitkan sahabat-sahabat lain yang ingin dibantu, cukup untuk membuat aku tersedu.
Mendengar kisah Mus'ab bin Umair yang mendahulukan saudara seaqidah dari saudara darah membuat aku rasa tersentak seketika, rasa kagum dan tersentuh memenuhi ruang dada ini.
Melihat video seorang adik yang merelakan kekasih hati untuk bakal dikahwini kakak tirinya, kerana sayangnya dia pada ibu tiri dan kakak tirinya, cukup membuatkan aku sedih.
Malah, melihat lakonan tentang seorang lelaki yang telah bertahun lama memendam rasa kehilangan pujaan hatinya kerana satu kesilapan yang bodoh turut membuat aku sebak kerana aku dapat membayangkan saat bila hati itu remuk.

Ya, aku kenal rasa itu, aku tahu saat itu apabila masa dirasakan terhenti, dan kita seolah-olah dapat mendengar hati itu seperti kaca yang jatuh ke lantai lalu berkecai menjadi ratusan serpihan. Lalu kita menjadi kosong, seperti berada di awangan, rasa tidak percaya bahawa kita telah melalui rasa itu.

Ya, aku memang dikenali sebagai seorang yang berhati lembut, tetapi, kebelakangan ini rasanya ia lebih dari itu.
Ada sahaja yang membuatkan aku tersentuh, sedih, sebak.

Kadang-kadang hidup ini membuatkan aku cukup sedih. Walau bagaimana cara pun orang melihat aku, aku juga seperti manusia lain yang mempunyai waktu gembiranya dan waktu sedihnya.
Mungkin sesuatu perkara tidak memberi kesan langsung pada orang lain, tapi ia memberi kesan kepada ku. Bayangkan pula apabila hati yang seperti kaca ini sentiasa diuji dengan dugaan-dugaan dan cabaran yang tidak dilalui oleh orang lain. Maka, bila sahaja hati ini rasa tersentuh, sebak, penuh emosi, aku akan mengalirkan air mata, seperti gelas yang dipenuhi air, perlu diluahkan apa isinya.
Tapi tangisanku bukan tangisan manja seorang yang lemah.
Tangisanku tangisan yang meruntun jiwa, tersedu-sedan, yang membunuh jiwa ini setiap kali kerana dengan itu aku dilahirkan semula. Dan tiap-tiap kali... aku dilahirkan semula. Kerana tugasku di dunia ini belum selesai. Dengan lutut yang bergetar menahan beratnya jisim yang cuba untuk bangun. Terhuyung-hayanglah setiap kali bermula untuk bangkit itu, dengan satu tangan ke dada, untuk memastikan hati itu masih ada, dan juga sekurang-kurangnya sebagai cubaan naif untuk melindungi hati itu. Maka, dengan sepenuh kudrat lah untuk bangkit kembali setiap kalinya. Tapi bangkit kembali itu perlu. Dan setiap kali ia perlu. Kerana tugasku di dunia ini belum selesai.

A glass heart. Sometimes when there's light on the inside, you can see right through it. But when it's darker on the inside, you can't figure out what's happening  in there, what the people in there are going through.

A glass heart. It makes the owner fragile, but yet very strong. Why? because every time it breaks, the owner'll have to put the pieces back together, time after time after time. Because you have to have a heart to function. Going through the cuts and blisters of putting the fragments together every time so it can function..does it make the owner strong? You bet it does.

Tapi, berimannya aku kepada Allah membuatkan aku faham bahawa tidak ada apa yang berlaku secara pilihan rambang, atau secara kebetulan, melainkan semuanya adalah mengikut qada dan qadarNya.
Atas pilihanNya, bukan orang yang hatinya keras yang melalui dugaan dan cabaran hati, perasaan dan jiwa ini tetapi aku. Bukan orang yang tidak terkesan dengan masalah-masalah ini tetapi aku. Bukan orang yang mampu bermuka lurus (straight face) tanpa setitis air mata tetapi aku.
Aku dipilih kerana aku lemah. Dan dalam masa yang sama kerana aku kuat.

Maafkan aku bila kamu tidak mampu melihat air mataku, hanya senyumku, tawaku, diamku dan ekspresi kacauku tapi tidak air mataku dan sedu-sedanku, yang muncul hanya apabila engkau berpaling.
Hal ini kerana aku kuat. Dan dalam masa yang sama kerana aku lemah.

Maafkan aku jika engkau kerap melihat air mataku dan sedu sedanku. Hal ini kerana, sahabat sayang, engkau terpilih untuk melihatnya. Kerana dihadapanmu, aku boleh mempamerkan lemahku. Kerana aku mempercayaimu dengannya.

Ah, bicara di malam hari. Ada-ada saja ;)


No comments:

Post a Comment