Cerita tentang batu bertukar jadi bintang...pernah dengar?
pic credit to muharikah.com =]
Suatu ketika dahulu, ada sebiji batu. Batu dengan karakter2 batu. Sejuk. Dia hanya duduk di situ. Lena.
Pada suatu hari, sekotak mancis menyapanya, mengetuk pintu hati, mengingatkan si batu yang dia berasal dari angkasa, yang batu2 sekalian di bumi ini juga asalnya dari angkasa.
Maka, dengan anak mancis dari kotak mancis itu, serta kehadiran friction dan oksigen, si batu tadi bertukar marak dan dilontar ke angkasa untuk menjadi bintang. Bintang yang mengindahkan langit malam, bintang yang menjadi panduan para musafir. Si batu yang menjadi bintang itu pun rasa bahagia kerana telah menemui dan memahami makna kewujudannya.
Lebih membahagiakan apabila si bintang tadi mendapat tahu bahwa ramai lagi bintang-bintang di angkasa bersamanya. Dia dan bintang-bintanglain itu pun membuat rangkaian bahagia bersama dan membentuk Buruj.
Bukan senang menjadi bintang. Kelipannya tak pernah henti agar musafir tak menggigit jari, mencari arah tak dikenalpasti; agar langit malam yang keindahannya dikagumi, mengingatkan makhluk akan keagungan Illahi; x henti membakar diri, kerana dambakan surga abadi. Walau sekali sekala, awan mendung dan rintik hujan mendatang, tak usah risau, semua itu digagahi. Kilauan bintang pasti muncul kembali.
Tiba-tiba, suatu hari, dari kebiruan mana, kotak mancis berkata yang dia akan meninggalkan si bintang. Si bintang merasa sedih dan menangis. Si bintang ingat si kotak mancis akan sentiasa bersamanya. Si bintang ingat dia istimewa kepada si kotak mancis. Tapi, ingat bintang sayang, ingat! Begitu banyak lagi anak mancis dalam kotak mancis itu! Begitu banyak lagi batu yang sejuk di bumi, yang tidur tanpa mengetahui...bahawa mereka asalnya bintang, bahwa mereka juga mempunyai makna kewujudan yang sama, yang belum merasai hangatnya rangkaian bahagia bersama, betapa indahnya kerinduan kepada Sang Pencipta!
"Am I going to lose my match box? You're not my match box anymore. You gave me away."
Nangislah Bintang, nangislah sepuas mahu. Tapi itu suatu hakikat yang benar, yang tak mungkin kau ubah.
Jangan goyah bintang. Jangan goyah. Adakah kau lupa?
Kasih sayang Illahi itu lebih luas. Kasih sayang-Nya lebih luas dari langit, bumi dan seisinya. Apa yang kau resahkan?
Dia yang mengizinkan pintu hatimu diketuk. Apa yang kau resahkan?
Dia yang mengizinkan kau marak. Apa yang kau resahkan?
Dia yang menjadikan kau bintang di angkasa. Apa yang kau resahkan?
Dia yang merangkai hatimu dengan bintang-bintang yang lain. Apa yang kau resahkan?
HE made you what and where you are right now. MAKA APA SEBENARNYA YANG KAU RESAHKAN HAA, BINTANG??
Rintih An-Najm ( Si Bintang ).

No comments:
Post a Comment